Riders Malaya Community
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Cabar diri sendiri

Go down

Cabar diri sendiri Empty Cabar diri sendiri

Post by ganahsokmo Thu Jan 28, 2010 2:42 pm

PUSAT Kecemerlangan Aktiviti Alam Sekitar Sungai Tabong di pesisir Sungai Tembeling, kira-kira lima kilometer dari pekan Kuala Tahan,
Jerantut menjanjikan percutian menyeronokkan dan kenangan indah sukar dilupakan.

Cabar diri sendiri Pix_middle

CUNA NASIB...aktiviti menjala ikan boleh dilakukan di jeti Kuala Tahan.


Cabar diri sendiri Pix_gal01
MAHIR...pelancong berpeluang melihat kemahiran masyarakat Orang Asli suku kaum Batek menghidupkan api secara tradisional.


Cabar diri sendiri Pix_gal02
GAYAT...jambatan gantung sepanjang 70 meter antara cabaran pelancong di Pusat Kecemerlangan Sungai Tabong, Kuala Tahan.


Cabar diri sendiri Pix_gal03
PENGINAPAN...antara chalet yang terdapat di Pusat Kecemerlangan Sungai Tabong, Kuala Tahan.


Selain menginap di chalet comel dengan hiasan tilam berlapik merah jambu dan meja makan dialas helaian batik, tetamu boleh menikmati
suasana nyaman dan segar sambil merehatkan diri di ruang tamu berlatarkan hutan menghijau dan bisikan unggas rimba.

Dengan udaranya yang segar di bawah redup pepohon menghijau, sungai yang menjadi urat nadinya mengalirkan air jernih dan dingin serta pelbagai spesies flora dan faunanya pasti memukau sesiapa sahaja.

Pusat kecemerlangan aktiviti berkonsepkan alam semula jadi ini bukan sahaja menjadi tumpuan pelancong untuk bercuti dan beriadah, malah menarik pelajar sekolah dan institusi pengajian tinggi (IPT) berkhemah dan menjalani kem motivasi.

Untuk ke pusat rekreasi Sungai Tabong, pelancong boleh menggunakan khidmat bot penumpang dari jeti Kuala Tahan dengan bayaran antara RM10 hingga RM20 yang mengambil masa 20 minit.

Bagi yang inginkan cabaran 'terlampau' anda boleh memandu kenderaan pacuan empat roda melalui jalan balak yang memakan
masa selama hampir satu jam.

Pusat kecemerlangan seluas 20 hektar diurus selia Syarikat Pelancongan Kumpulan Ghazali (SPKG) Tours Sdn Bhd. Di sini, anda boleh melakukan aktiviti lasak seperti 'flying fox' sejauh 70 meter dengan tapak mendarat tergantung pastinya menjanjikan cabaran hebat merentasi Sungai Tabong.

Peserta perkhemahan boleh melalui pengalaman lebih menakjubkan dengan menjejak laluan kanopi sejauh 1,000 meter termasuk jambatan gantung sepanjang 70 meter. Jika kurang berani, anda boleh mengikut denai di bahagian bawah sahaja.

Pengarah Urusannya, Burhanuddin Ghazali, berkata lokasi pusat kecemerlangan itu amat strategik dan berpotensi muncul sebagai kawasan pelancongan terkenal kerana kaya dengan khazanah alam semula jadi.

"Produk terbaru Kuala Tahan ini mampu menarik ramai pelancong seluruh dunia berbanding tumpuan kini lebih kepada pelancong Eropah
Timur dan Scandinavia," katanya.

Juga jangan lepaskan peluang ke perkampungan Orang Asli kaum Batek dan Semak. Pusat berkenaan pernah dijadikan lokasi penggambaran program realiti syarikat penerbitan dari Sweden dan India pada tahun lalu. Ia akan dijadikan lokasi festival muzik etnik Orang Asli Malaysia pada Julai ini.

"Festival ini bagi memperkenalkan budaya masyarakat pelbagai suku kaum kepada pelancong luar negara," katanya.

>Info

1- Penginapan - RM65 untuk dewasa dan RM45 untuk pelajar termasuk makan dan bayaran tambang bot pergi dan balik dari Kuala Tahan.

2- Tiga chalet dan empat asrama, surau, tandas, restoran.

3- Kemudahan bekalan air dan elektrik 24 jam.

4- Tempahan boleh dibuat dengan melayari laman web www.tamannegara-nusaholiday.com.my atau hubungi SPKG Tours Sdn Bhd di
alamat No 16, Jalan Diwangsa, Bandar Baru, 27000 Jerantut. Tel: 09-2662369 atau faks 09-2664369.

5- Teksi ke Jerantut boleh didapati dari Stesen Bas Puduraya di Kuala Lumpur. Anda juga boleh menaiki bas ke Jerantut yang boleh didapati di Stesen Bas Jalan Tun Razak di Kuala Lumpur. Dari Jerantut, anda boleh menaiki bas tempatan atau teksi untuk ke Kuala Tahan.




sumber :: santai harian metro

ganahsokmo

Join date : 16/01/2010
Age : 43

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum