Riders Malaya Community
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Bengkel 'AIRBRUSH'

Go down

Bengkel 'AIRBRUSH' Empty Bengkel 'AIRBRUSH'

Post by ganahsokmo Thu Jan 28, 2010 2:29 pm

STADIUM Nasional Bukit Jalil mencatat sejarah tersendiri apabila buat pertama kali menempatkan 260 kereta ubah suai termasuk hiasan
pelbagai teknik semburan angin (airbrush) ketika KISMAS Auto Airbrush Workshop & Autoshow Street ICE Party, baru-baru ini.

Bengkel 'AIRBRUSH' Pix_middle


sebelum - selepas


Bengkel 'AIRBRUSH' Pix_gal1 Bengkel 'AIRBRUSH' Pix_gal2

Bengkel 'AIRBRUSH' Pix_gal3 Bengkel 'AIRBRUSH' Pix_gal4

Bengkel 'AIRBRUSH' Pix_gal5


Program anjuran Kelab Autoshow itu bukan saja mendapat perhatian peminat kereta, malah pelajar Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN).
Lebih menarik, bengkel itu turut dihadiri Daniel Power, antara pelukis 'airbrush' popular di Australia dan pelukis airbrush tempatan, Jaz
Airbrush. Rata-rata kenderaan dipamerkan memaparkan lukisan airbrush menarik selain teknik tampalan pelekat yang kemas.
Presiden Kelab Autoshow, Poh Huck Seng, berkata program julung kali itu mendapat sambutan di luar dugaan. "Malah, kehadiran Daniel yang menunjukkan skil lukisan airbush memang mengagumkan," katanya.

Katanya, bengkel itu diadakan selepas kejayaan menganjurkan Xtreme International Autoshow yang rata-rata tertarik pada teknik semburan
angin pada badan kereta yang dipamerkan. "Objektif utama Kelab Autoshow adalah untuk memperkenalkan teknik semburan angin yang
betul atau airbrush dalam industri pemotoran tempatan.

"Penganjur turut menjemput pelajar IKBN Rinching, Negeri Sembilan yang mengkhusus dalam jurusan semburan cat untuk menimba ilmu," katanya. Orang ramai berpeluang melihat beberapa kenderaan yang dihiasi dengan semburan 'airbrush' menarik seperti karakter kartun, wajah animasi, lakaran gambar 3D selain melengkapkan jentera masing-masing seperti rim bersaiz besar, sistem audio membingitkan telinga selain hiasan lampu aksesori di setiap bahagian kereta.

Selain pameran, peserta berpeluang merebut hadiah keseluruhan bernilai lebih RM25,000 dengan menyertai beberapa pertandingan seperti Best Kitty, Best Standard Modified, Best Airbrush, Best Sticker, Xtreme Modified Challenge dan It's OK to Krunch Photography Contest ditaja sepenuhnya Munchy's.

Kemuncak acara pastinya pesta Street ICE (In Car Entertainment) yang mengumpulkan deretan kereta yang memiliki sistem audio berkuasa
mega watt. "Saya ingin merakamkan penghargaan kepada Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek, yang menyokong aktiviti ini.
"Saya berharap aktiviti seumpama ini dapat dilakukan dengan lebih kerap pada masa akan datang seperti di Thailand dan Indonesia," katanya.



sumber :: harian metro

ganahsokmo

Join date : 16/01/2010
Age : 43

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum