Riders Malaya Community
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

RD Club Malaysia

3 posters

Go down

RD Club Malaysia Empty RD Club Malaysia

Post by matasura Sat Jan 16, 2010 9:39 am

zackbikers wrote:
RD Club Malaysia Logordclubfireinhellxa4

RD CLUB yang diwujudkan pada tahun 1997 pada awalnya atas dasar untuk menghimpunkan pemilik-pemilik motorsikal yang mempunyai minat yang sama dalam suasana kekeluargaan. Tujuan kedua pula adalah untuk menyediakan dan menjalankan program dan aktiviti yang sihat kepada ahli-ahli kelab dengan teratur. Ini penting bagi mengelakkan gejala-gejala yang kurang elok seperti penagihan dadah dan alkohol, melepak, berlumba haram, bohsia dan gejala-gejala buruk di kalangan ahli. Keahlian RD CLUB pada asalnya dianggotai oleh pemilik-pemilik motorsikal yang memiliki motorsikal yang menjadi legenda di tahun 80-an dan 90-an dahulu seperti Yamaha RD, RZ dan TZR tidak mengira samada kelas 125cc, 250cc, 350cc atau 500cc, Suzuki Katana, Suzuki RGF 250, Kawasaki, Honda MBX dan motor yang seangkatan dengannya. Tetapi oleh kerana sambutan dan permintaan yang menggalakkan, keahlian dibuka kepada sesiapa sahaja walaupun tidak mempunyai motorsikal seumpama tetapi meminati RD CLUB Malaysia. Filem 'Azura' pada tahun 1985 sedikit sebanyak memberi kesan pada RD CLUB yang mana penampilan motorsikal-motorsikal dalam filem tesebut membuatkan rasa minat ahli pada motorsikal masing-masing makin mendalam. Namun begitu, penonjolan golongan kumpulan bermotorsikal dalam filem 'Azura' yang mempunyai sikap negatif cuba dikikis dan dielakkan oleh RD CLUB dengan mengadakan pelbagai aktiviti dan program yang bermanfaat.

Aktiviti dan program RD CLUB diselaraskan oleh dua adik beradik iaitu Azhanyzam dan Azhariza selaku Presidendan Naib Presiden RD CLUB. Pelbagai aktiviti telah diadakan oleh RD CLUB sejak tahun 1997 termasuklah aktiviti anjuran RD CLUB, kelab-kelab motorsikal yang lain, NGO, pihak swasta mahupun badan-badan kerajaan. Antara aktiviti dan program yang pernah dijalankan dan disertai oleh RD CLUB adalah Konvoi Dataran Merdeka-Shah Alam anjuran Majlis Keselamatan Jalan Raya, Kempen Bulan Sukan Bermotor 2001 di Dataran Merdeka, Motorcamp Malaysia 2001, mengiringi Tun Dr. Mahathir ke Sg. Mulia, Gombak untuk Majlis Pemimpin Bersama Rakyat, majlis gotong-royong, program amal, Karnival Yamaha 2001 dan 2002, Pesta Buah-Buahan FAMA, BBJ 2002, Karnival Motorsikal Perangi Dadah 2003, Konvoi Detik Merdeka 2003, Karnival Belia 2003 Kg. Sungai Gulang-Gulang, Tg. Karang dan konvoi tahunan RD CLUB. Dengan acara dan program ini, RD CLUB berharap agar masyarakat dapat menerima dan tidak memandang serong pada penunggang-penunggang motorsikal terutama ahli RD CLUB. Selaras dengan itu pelbagai aktiviti telah dirancang untuk tahun 2003 seperti program-program amal, ekspedisi KL-Penang, ekspedisi Semenanjung Malaysia, ekspedisi KL-Singapura dan ekspedisi KL-Thailand.

Selaras dengan dunia IT yang makin berkembang, RD CLUB juga mewujudkan laman web bagi kemudahan ahli mendapatkan maklumat mengenai perkembangan kelab. Ahli hanya perlu membuka website www.rdclubmalaysia.com untuk mendapatkan maklumat kelab dan juga melihat gambar-gambar aktiviti terkini. Keahlian RD CLUB terdiri daripada pelbagai lapisan umur dan profesion. Namun begitu, hanya yang terpilih sahaja diberi keahlian tetap berdasarkan kriteria dan kesetiaan ahli. Bagi kemudahan ahli membaiki dan mendapatkan alat ganti untuk motorsikal masing-masing, RD CLUB telah mengiktiraf beberapa bengkel motorsikal sebagai bengkel rasmi RD CLUB. Selain daripada ahli-ahli di Lembah Kelang, RD CLUB telah meluaskan lagi rangkaian kelab di negeri-negeri lain seperti Perak, Negeri Sembilan, Selangor, Johor, Pulau Pinang, Kelantan, Pahang dan juga Singapura.

Sepanjang penglibatan dalam arena dunia permotoran, RD CLUB telah menjalin hubungan baik dengan kelab-kelab motorsikal yang lain seperti Kelab Motorsikal Jaguh Kuala Lumpur dan Lembah Kelang (KEMOJA KLLK), Persatuan Vespa Wilayah Persekutuan dan Selangor, AMMC, Kuala Lumpur Bikers Club, Nusantara Bikers Club, ASCA, Anggerik Motor Club, Outlaws, Viking, Malaysian Bikers.Com., Kota Bharu Bikers Club, AFQ dan juga Inteligent Bikers Club. Semoga dengan penubuhan RD CLUB selama ini telah sedikit sebanyak menyerikan lagi dunia permotoran Malaysia dan sedikit sebanyak dapat mengikis tanggapan negatif masyarakat terhadap penunggang-penunggang motorsikal. Kepada yang berminat untuk menjadi ahli atau berurusan dengan RD CLUB boleh menghubungi Azhanyzam di talian 013-2501072/012-6931005 atau Azhariza di talian 012-6955865.
matasura
matasura
Moderator

Join date : 16/01/2010
Age : 42

Back to top Go down

RD Club Malaysia Empty Re: RD Club Malaysia

Post by ganahsokmo Thu Mar 11, 2010 11:46 am

malam esok, jumaat...d minta pada sesaper yg berkelapangan untuk hadir ke HH sentul jam 9.30mlm untuk miting AUTOSHOW SABAK BERNAM...pihak
penganjur akan hadir sama pada mlm tersebut...wakil2 @ org2 persendrian
d jemput sama...lagi ramai, lagi bagus...campur2 moto baru 1
mesia....sahut seruan kerajaan

maklumat lanjut sila berhubung ngan matasura

ganahsokmo

Join date : 16/01/2010
Age : 43

Back to top Go down

RD Club Malaysia Empty Re: RD Club Malaysia

Post by keHek Thu May 12, 2011 12:29 pm

hmm ..
keHek
keHek

Join date : 28/01/2011
Age : 44

Back to top Go down

RD Club Malaysia Empty Re: RD Club Malaysia

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum